Saturday 24 September 2011

Mat-Minah Belia Lagi Bahaya Dari Al-Maunah!

Pelik aku tengok hal kat Wisma Belia Jumaat sudah. Mula-mula berlambak kereta polis datang, polis pun macam boring aje lepak. Aku balik sembahyang Jumaat terpegun kejap tengok macam ada penjenayah besar ke. Mana la tau, Agrobank kan ada situ. Ada brader polis kata ada kecoh, tapi ada yang lain komplen buang masa diorang aje.

Malam tu pelik lagi. Ipar aku kerja polis kat balai Brickfields minta aku ambik anak dia tusyen. Dia sibuk. Rupanya kat Wisma Belia lagi! Berpuluh-puluh polis kena kerah untuk tangkap orang yang buat kecoh ke ceroboh ke tak tau lah. Yang lagi pelik, semalam akak aku marah-marah aje, kata ipar aku yang polis tu lambat benar balik samapi kena kensel bawak anak-anak jalan hari ni. Bayanglah rumah di, budak semua nangis tak jadi gi jalan!

Aku tanya la apa hal kecoh sampai berpuluh-puluh polis kena selesai buang masa pulak? Ya la, nak la tunjuk 'menyokong' ipar aku yang polis tu! Manala tau! Akak kata 20-30 orang polis kena kerah untuk tangkap 4 orang budak belia aje! 4 orang Mat Belia beb, kena tangkap polis macam Al-Maunah! Katanya dengan senjata semua cukup! Lepas tu kena tahan sampai pagi! Pompuan pun ada sorang!

LOL! Tegelak benar la aku. Ipar aku kata kat akak akhirnya tak masuk lokap pun, polis takut malu! Ya la, Mat dan Minah Belia nanti paper kata lagi bahaya dari Al-Maunah!

Rupanya ada la orang-orang besar yang suruh polis buat... katanya Menteri! Dahsyat bahaya jadi Mat Belia!

No comments:

Post a Comment